Friday, 19 June 2015

KURSUS PERMAINAN PETANQUE PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK 2015

PENGENALAN
Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.
            Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan dilakukan.

OBJEKTIF

1.     Memahami peraturan asas dan undang-undang permainan petanque.
2.     Menyediakan peluang kepada pensyarah dan pelajar mencuba permainan petanque

3.  Menimbulkan minat kepada golongan pelajar untuk menyertai / mewakili kolej di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

TARIKH PELAKSANAAN:
28 Januari 2015
MASA/TENTATIF  
8.00 pagi hingga 4.00 petang                               
TEMPAT
Gelanggang Petanque, Kolej Vokasional Gombak
SASARAN
Semua pensyarah, pelajar pra diploma semester 3 dan pelajar diploma semester 5

JADUAL PENGISIAN/ PELAKSANAAN PROGRAM
8.00 pagi        :           Pensyarah dan pelajar bergerak ke Gelanggang Petanque
8.15 pagi        :           Pendaftaran peserta
8.30 pagi  :                 Ucapan Perasmian oleh Pengarah Kolej Vokasional Gombak, En. Hassanor Bin Othman
9.00 pagi       :            Penerangan oleh En. Zanilisa Bin Mohamed berkaitan permainan petanque
10.00 pagi     :           Demo permainan petanque oleh ahli Kelab Petanque
10.30 pagi     :           Rehat. Makanan dan minuman disediakan
11.15 pagi     :           Pertandingan pusingan pertama para pensyarah
11.50 pagi     :           Pertandingan pusingan pertama para pelajar
12.30 tghari   :           Rehat / Makan Tengahari & Solat
2.30 petang   :           Pertandingan separuh akhir pensyarah dan pelajar
3.00 petang   :           Pertandingan akhir pensyarah dan pelajar
3.30 petang   :           Penyampaian sijil kepada jurulatih dan fasilitator
                                                Penyampaian hadiah kepada pemenang
                                                Sesi fotografi dan bersurai



ANGGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN
PERBELANJAAN
Sumbangan Kokurikulum dan LADAP
Banner (size 12”x5”)
Air Mineral
Bayaran Jurulatih
Makanan Pensyarah
(LADAP)
Makanan Pelajar
(ASRAMA)
RM 66.00 x 1             = RM 66.00
RM 7.00 X 32 kotak   = RM 224.00
RM 200.00 x 2 orang = RM 600.00
Rm 8.00 x 83 orang   = RM 664.00

290 Pelajar
JUMLAH
                                        RM 1554.00

LAPORAN
1.    Kehadiran/ Penyertaan
62 orang pensyarah
290 orang pelajar

2.    Laporan Pelaksanaan Aktiviti
Dewasa ini permainan petanque semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia amnya pelajar sekolah, kolej dan universiti. Maka dengan inisiatif ini, Unit Sukan dan Kokurikulum Kolej Vokasional Gombak berhasrat menjadikan sukan petanque ini ikon penting bagi menaikkan nama Kolej Vokasional Gombak di peringkat Kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Maka atas kepentingan inilah Unit Sukan dan Kokurikulum Kolej Vokasional Gombak mengadakan satu kursus asas tentang permainan petanque ini.
Kursus ini telah diadakan pada 28 Januari 2015 bertempat di Kolej Vokasional Gombak. Kumpulan sasaran kursus ini adalah semua pensyarah, pelajar pra diploma semester 3 dan pelajar diploma semester 5. Penceramah kursus ini dari Pengerusi Persatuan Petanque Malaysia iaitu En. Zanilisa bin Mohamed dan di bantu oleh Jurulatih Petanque Malaysia En. Wan Daud bin Wan. Pensyarah dan pelajar telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk menceburi dalam permainan ini dan memahami asas permainan petanque.
AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                 : En. Hassanor b Othman
                                      (Pengarah KV Gombak)
Pengerusi 1              : En. Mohammad Salleh b Jamaludin
                                      (Timb. Pengarah Sokongan Akademik)
Naib Pengerusi 2     : En Yahya b Shefee
                                      (Timbalan Pengarah Akademik)
Naib Pengerusi 3     : En. Misnan b Hj Kasan
                                      (Ketua Jaminan Kualiti)
Penyelaras                : En. Kamarudin b Mohamed
Setiausaha               : Pn. Izahalija bt Zainuddin

BIL
JAWATANKUASA
NAMA AHLI JAWATANKUASA
SENARAI TUGAS
01.
Pengerusi Teknik
En. Kamarudin b Mohamed
Pn Zainura bt Zainuddin


·         Menyediakan jadual keseluruhan program supaya dapat dijalankan dengan lancar
·         Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan teknik

02.
Buku Pamplet
Cik Mariam bt Ab Aziz
Dhevaki a/p Ramachandran

Pelajar:
Nur Alia Fatyhah (BIN5)
Nabil b Azmi (BPR5)
·         Berbincang dengan Penyelaras perkara-perkara untuk dimasukkan ke dalam pamplet
·         Menyediakan draf untuk disemak dan mencetak mengikut jumlah yang diperlukan
·         Mendapatkan tentatif daripada Penyelaras

03.
Fotografi dan Dokumentasi
Pn Siti Salmah bt Mohd Nasir
En Mohammad Khairi b Sulaiman

·         Mengumpul bahan, maklumat, gambar yang sepanjang program
·         Membuat laporan ringkas berkaitan program
·         Mengambil gambar untuk setiap acara
·         Menyerahkan satu salinan kepada Unit Sukan dan Kokurikulum

04.
Kebersihan
Pn Jamiyah bt Ismail
Cik Falissa bt Mustaffa


·         Memastikan keadaan dewan dalam keadaan baik dan bersih.
·         Memastikan keadaan dewan bersih selepas majlis
·         Memastikan keadaan sekeliling gelanggang petanque bersih selepas program

05.
Cenderamata, Hadiah dan Sijil
Pn. Izahalija bt Zainuddin
Cik Norhaslina bt Khairi

·         Mendapatkan bilangan hadiah yang hendak ditempah
·         Menempah dan menyemak setiap hadiah yang diterima dari pembekal
·         Menyelaras hadiah semasa majlis penutupan

06.
Persiapan Tempat
En Kamarudin b Mohamed
En Amirudin b Yaakob
En Muhamad Zuki b Yaakob
En Iskandar Zulkarnain b Ibrahim
·         Memastikan dewan boleh digunakan pada hari program
·         Menyusun kerusi dan menempah lcd dan projector di pejabat
·         Memastikan gelanggang atau tempat perlawanan dalam keadaan baik.
·         Memastikan kelengkapan asas gelanggang mencukupi.

07.
Makan dan Minum
Pn Zainura bt Zainuddin
Cik Siti Adawiyah bt Kamarolzaman

·         Menempah makanan dari dewan makan
·         Memastikan makanan mencukupi
·         Menyediakan 1 tong besar air di gelanggang petanque
08.
Juruacara
En. Afzainizam b Ali

·         Menyediakan  teks untuk mengacara majlis dan majlis penutup.
·         Berhubung dengan AJK Hadiah untuk majlis penyampaian hadiah

09
PA Sistem
En Mohd Fazli b Mohd Pauzi
En Hazri b Ali Hanafiah
Pelajar : Farezz Asrin (BIN5)

·         Memastikan siaraya berfungsi dengan baik sepanjang program

10
Doa
En Che Mohd Sayuti b Che Hassan
·         Memimpin bacaan doa ketika majlis pembukaan program

11
Disiplin / Keselamatan
En Zulkapali b Jahaya
En Hafiz b Mohd Noor

·         Mengawal disiplin pelajar sepanjang program

12
Urusetia dan Tugas-Tugas Khas
Pn Shuhaida bt Bahari
Pn Zanariah bt Mohd Nawi
Pn Afifah bt Mat Hussin
·         Mendapatkan bahan untuk dipotostad daripada penyelaras
·         Mengedarkan bahan-bahan program kepada semua guru
·         Memastikan bahan mencukupi
·         Menyediakan bahan-bahan lain yang berkaitan kursus.


VVIP  
Tiada

PEMENANG (pertandingan liga kecil petanque)

JOHAN
KUMPULAN EN ZAIRI (PENSYARAH)
NAIB JOHAN
KUMPULAN KHAIRUL NAZMI (PELAJAR)
KETIGA
KUMPULAN PN MAZLINA (PENSYARAH)

Friday, 23 January 2015

FOGGING ASRAMA BERSAMA MPS


Pelajar diberi taklimat di surau sebelum aktiviti fogging bermula




Pada 17 Januari 2015,aktiviti `fogging' di kawasan asrama telah diadakan dengan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Selayang. Aktiviti ini dibawah penyeliaan penyelia asrama  En Sabree.

Tuesday, 20 January 2015

MAJLIS PERPISAHAN


Majlis ringkas perpisahan Ketua Jabatan Perniagaan Pn Jamaliah yang akan berpindah ke KV  Dungun dan Pn Norazlina yang turut berpindah ke KV Arau . Warga KV Gombak akan rasa kehilangan kedua dua tenaga pengajar yang berwibawa ini. Kami akan merindui mu  !

SESI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR PRA DIPLOMA 2015

Sesi temuduga telah diadakan pada 14-15 januari 2015 (Rabu -Khamis) untuk pemilihan pelajar untuk setiap kursus.Temuduga telah dikendalikan oleh setiap unit.




Antara calon yang hadir untuk temuduga kursus perakaunan.

Thursday, 1 January 2015

Pendaftaran Asrama KVG 2015

1. Seperti yang telah disedia maklum, kepada pelajar yang telah menerima tawaran untuk menduduki asrama pada tahun 2015, sesi pendaftaran asrama seperti berikut :-


Tarikh     : 11 Januari 2015 (Ahad)
Masa       : 2 petang
Tempat    : Dewan makan

2. Para pelajar dikehendaki memakai baju koperat sekolah pada hari pendaftaran.

3. Pembayaran Yuran Makan Asrama minimum sejumlah RM250.00 hendaklah dijelaskan semasa sesi pendaftaran secara tunai.

Penambahan Kursus

Perbincangan tentang kursus baru multimedia kreatif (animasi) dan banking 
bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik BPTV, En Fauzi bin Abdullah.


Mesyuarat Pengarah dan Pengetua Zon Tengah di KV Gombak

Mesyuarat Pengarah-Pengarah dan Pengetua KV dan SM Teknik Zon Tengah BPTV bil. 8/2014 baru-baru ini pada 24/12/2014



                               

Penangguhan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015

Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad) dan bagi negeri- negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin). 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah memaklumkan tentang penangguhan tersebut. Harap maklum .. 

Tuesday, 22 January 2013