Thursday 1 January 2015

Penangguhan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015

Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad) dan bagi negeri- negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin). 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah memaklumkan tentang penangguhan tersebut. Harap maklum ..