Friday 23 January 2015

FOGGING ASRAMA BERSAMA MPS


Pelajar diberi taklimat di surau sebelum aktiviti fogging bermula




Pada 17 Januari 2015,aktiviti `fogging' di kawasan asrama telah diadakan dengan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Selayang. Aktiviti ini dibawah penyeliaan penyelia asrama  En Sabree.

Tuesday 20 January 2015

MAJLIS PERPISAHAN


Majlis ringkas perpisahan Ketua Jabatan Perniagaan Pn Jamaliah yang akan berpindah ke KV  Dungun dan Pn Norazlina yang turut berpindah ke KV Arau . Warga KV Gombak akan rasa kehilangan kedua dua tenaga pengajar yang berwibawa ini. Kami akan merindui mu  !

SESI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR PRA DIPLOMA 2015

Sesi temuduga telah diadakan pada 14-15 januari 2015 (Rabu -Khamis) untuk pemilihan pelajar untuk setiap kursus.Temuduga telah dikendalikan oleh setiap unit.




Antara calon yang hadir untuk temuduga kursus perakaunan.

Thursday 1 January 2015

Pendaftaran Asrama KVG 2015

1. Seperti yang telah disedia maklum, kepada pelajar yang telah menerima tawaran untuk menduduki asrama pada tahun 2015, sesi pendaftaran asrama seperti berikut :-


Tarikh     : 11 Januari 2015 (Ahad)
Masa       : 2 petang
Tempat    : Dewan makan

2. Para pelajar dikehendaki memakai baju koperat sekolah pada hari pendaftaran.

3. Pembayaran Yuran Makan Asrama minimum sejumlah RM250.00 hendaklah dijelaskan semasa sesi pendaftaran secara tunai.

Penambahan Kursus

Perbincangan tentang kursus baru multimedia kreatif (animasi) dan banking 
bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik BPTV, En Fauzi bin Abdullah.


Mesyuarat Pengarah dan Pengetua Zon Tengah di KV Gombak

Mesyuarat Pengarah-Pengarah dan Pengetua KV dan SM Teknik Zon Tengah BPTV bil. 8/2014 baru-baru ini pada 24/12/2014



                               

Penangguhan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015

Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad) dan bagi negeri- negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin). 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah memaklumkan tentang penangguhan tersebut. Harap maklum ..